Pages

Tuesday 27 May 2014

UMRAH 2014 Part 5 – Berdoalah

Assalamua’laikum,

Doa adalah senjata orang yang beriman. Ia merupakan satu hubungan seorang hamba/ insan dengan Allah s.w.t.Ia mempunyai kuasa ajaib yang tidak mampu ditandingi oleh sebarang kuasa oleh manusia/ makhluk lain.


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan doamu"


Tapi jangan lah kita mengalah dan mengeluh jika doa kita tak dimakbulkan. Kerana sesuatu doa itu, tidak dimakbulkan atas 3 perkara:
  1. Ia ditangguhkan pada suatu masa yang lebih baik.
  2. Kerana Allah Maha Mengetahui bahawa doa tersebut akan menjadi keburukan ke atas si pemohon, andainya ia dimakbulkan
  3. Kemungkinan doa tersebut tidak lengkap - tidak ikhlas, doa memohon keburukan orang lain, dan lain2

Untuk tujuan umrah, saya refer buku ‘Doa2 semasa di Tanah Suci keluaran Tabung Haji. Abah bagi yang beliau gunakan masa haji dulu. Buku2 kat kedai pun banyak ja, boleh pilih mana satu… Tapi ada beberapa doa lain yang saya amalkan dan insyaAllah  berkesan.

Doa penahan haid
Doa ni saya dapat dari blog  Suara Di Minda (Ilmu). Tak dapat dinafikan, kita nak pergi umrah ni bukan senang. Sayang kan kalau kita tak boleh melakukan semaksimum mungkin ibadah di Tanah Suci. Kita kena ikhtiar (USAHA)supaya hasrat nak buat ibadah tercapai.

Pil penahan haid boleh ambil kat doktor. Rasanya takda kesan sangat- bak kata doktor yang saya kenal ni, sebab ia cuma pil hormon. Tapi saya sendiri tak mengambil pil tu sebab risau aturan period terganggu. So, saya amalkan doa kat bawah ni, sebulan sebelum tarikh bertolak (DOA). InsyaAllah kalau kita amalkan dengan penuh yakin, Allah akan makbulkan. Semuanya dengan izin Allah (TAWAKKAL). Yang penting kita ‘Usaha-Doa-Tawakkal’. Tu syaratnya.


Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.


Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah.

Doa/Zikir ketika haid

Allah Maha Besar. Kalau Allah tak izinkan, siapa kita untuk membantah. Ya, ia terjadi kepada saya, 2 hari sebelum bertolak. Sedih yang amat masa tu. Dah la first time pergi, tak dapat ibadat pulak. Ikutkan pengiraan, saya tak sempat masuk Masjid Nabawi (sepanjang di Madinah)dan saya tergantung ihram sehari (kalau haid pun kena niat ihram kat Masjid Bir Ali tau). Tapi saya redha. Allah redha, bagi saya rehat dari ibadah, kenapa saya tak redha pulak. Astaghfirullah… Cepat2 saya istighfar dan saya teringat zikir ni yang saya buat masa tak boleh solat.

Baru sekarang saya betul2 faham maksud zikir tu. Allah Maha Penyayang. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. Redhalah atas apa yang ditakdirkan sebab semuanya ada hikmah yang kita tak tahu..
 (updated: Alhamdulillah.. haid saya habis awal. So, saya sempat bersolat dalam Masjid Nabawi pada hari bertolak ke Mekah dan dapat beribadah sepenuhnya di Mekah...)

Doa penyatuan hati - Doa Rabitah

Doa ni ada dalam buku Ma’thurat, doa last sekali. Saya tengok intipati maksudnya – Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami …. So saya rasa ia boleh diamalkan ketika kita mencari sapa2 yang hilang.

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Ceritanya begini. Abah saya tak berapa kuat jalannya. Bila nak solat, kena berpecah la ruang solat lelaki dan perempuan. Time nak keluar, kami berjanji nak tunggu kat luar masjid. Tapi masa nak keluar tu MasyaAllah, punya la sesak. Dengan orang2 dari Negara Arab yang berbadan besar, diorang tolak2 ja. Main rempuh2, semua pakat tak sabar nak keluar. Saya dengan mak, kira ada tenaga jugak la nak bertahan. Yang kami risau, abah. Takut tersadung ke, terjatuh ke, Nau’zubillah..Dah la sorang, tak berapa kuat lak. Kami sampai luar, abah tak keluar lagi. Lama jugak la tunggu, sampai risau mak dibuatnya. Pastu saya terfikir nak baca doa tu. Dengan izin Allah, habis ja saya baca doa, tup2 abah pun keluar.. Alhamdulillah… Abah takda apa2, cuma penat sikit ja, mengadap ‘human jam’…

Kali kedua, abah lambat keluar jugak. Lagi lama saya dan mak tunggu berbanding kali pertama dulu. Saya baca doa tu lagi, tapi tak nampak abah. Allah nak tengok sejauh mana kita sabar. Saya tak putus2 doa agar abah dilindungi daripada sebarang bahaya. Allah Maha Kuasa. Tak lama lepas tu, abah pun keluar, walaupun agak lama. Tapi kali ni ada orang pimpin abah! MasyaAllah, Alhamdulillah… Jemaah umrah dari Malaysia, orang Kedah pulak! Saya terlupa namanya huhu. Contact no. pun tak ambik. Isy isy teruk betul la. Tengah sesak masa tu, apa pun tak ingat. Semoga Allah memberkati pakcik tu sekeluarga…





No comments:

Post a Comment