Pages

Thursday 27 November 2014

Fitnah Medium Sosial - FB

Assalamu'alaikum,

Dah bulan November kan... Cepaat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah nak masuk tahun baru... Saya tau dah lama tak update blog ni.. Macam2 benda nak tulis contohnya peristiwa MH370 & MH17, serangan di Gaza, kes halal Cadbury, kes UPSR bocor, puting beliung di Kedah, harga petrol, kes hina agama Islam la, program sentuh anjing, (err apa lagi ek) dan baaaaaanyak lagi. Tapi tak terluah dengan point2 dalam entri blog ni. Saya risau kalau kata2 saya ni salah dan tidak berlandaskan fakta yang betul.



Zaman sekarang adalah zaman di mana fitnah amat berleluasa. Dengan perkembangan pesat medium sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan dll, fitnah (ataupun bahasa lembutnya, berita/cerita) menjadi suatu yang diterima umum.

Contoh paling senang la. Saya post kat facebook macam ni "Saya tak suka orang yang berpura2." Apa pandangan anda? Semestinya ada komen2 oleh orang lain yang ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku.. Ada yang berpendapat "ai, lain macam je bunyinye, gaduh ke?" Pastu ada yang buat andaian " Sapa tu? Adakah *****" Ha, kan dah timbul fitnah. Padahal maksud post tadi tu hanyalah ditujukan kepada puak Amerika yang menyokong zionis Israel! Nampak tak betapa jauhnya maksud sebenar dengan andaian2 yang dibuat? 

Bahasa yang digunakan untuk beri komen atau post di wall pun dah jadi kasar. Bukankah Bahasa Jiwa Bangsa? Mungkin ni lah hasil pemikiran 'terbuka' anak2 muda masa sekarang. Atas alasan kebebasan bersuara, pelbagai kata2 kesat begitu senang dilemparkan dan disebarkan kepada umum. Kata2 atau komen pula dikeluarkan sesuka hati, tanpa menghormati golongan yang selayaknya, terutamanya golongan ulama' yang sudah terbukti kehebatan mereka dalam bidang mengkaji agama? 

Saya lihat penyebaran kata2 yang tidak enak ini semakin mendapat lampu hijau dan diterima oleh orang ramai. Terlalu ramai 'bijak pandai' di alam maya atau digelar 'keyboard warrior'. Mereka sering melontarkan pandangan mengikut rasa hati yang kosong ilmu di dada, dan menjadikan logik akal sebagai sandaran hujah. Mereka tidak sedar bahawa tidak semua perkara perlukan logik untuk menjadi benar, terutamanya soal hukum agama. Golongan seperti ini selalu mengungkit kembali perkara yang sudah tersimpul mati dalam perbincangan ulama' terdahulu hanya kerana logik yang diterima akal oleh orang lain.

Saya sering ingin menegur golongan keyboard warrior ni. Tapi saya sedar, saya perlukan ilmu untuk berhujah. Benarlah kata Imam Syafie' : Aku mampu berhuja dengan 10 orang yang berilmu. Tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil. Kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu"

Sebab tu, kalau nak post apa2 kat FB, fikir dan timbang dulu baik buruk dan apa kesannya selepas post tu dikeluarkan. Ia mungkin akan menyinggung perasaan orang. Lebih buruk lagi, ia mencipta ruang untuk fitnah yang lebih besar sebab ia boleh menjadi petikan oleh manusia yang tidak berilmu dan tidak bertanggungjawab. Kalau dulu nasihat ni amat berguna-"Fikir sebelum cakap", kini "Fikirlah sebelum tulis/sebar".

Menuntut Ilmu adalah TAQWA 
Menyampaikan Ilmu adalah IBADAH
Mengulang-ulang Ilmu adalah ZIKIR
Mencari Ilmu adalah JIHAD 
~Imam Al-Ghazali~



No comments:

Post a Comment