Pages

Sunday 28 October 2012

Salam Eidul Adha 1433H

Selamat hari raya eidul adha semua! Maaf la dah hari ketiga baru nak ucap hehe.. Ter'segan' sikit.. Segan kat sini maksudnya malas ye, bukan malu ^_^ Hari ni saja ada 2 kenduri makan2. Kenduri bertunang jiran depan rumah dan makan tengah hari kat rumah mak ngah. Kenyang dengan nasi minyak! Balik tadi, jiran datang bawa nasi pulak. Rezeki murah la hari ni. Malam tak payah masak dah huhu.

Kalau sebut raya, memang tak lengkap la kalau tak da biskut walaupun raya haji. Kali ni saya buat biskut yang paling mudah di alam semesta~Biskut Cornflakes Madu. Mudah kat bahan2 ja la. Renyah jugak masa nak tarukkan adunan dalam mangkuk kertas. Tapi bila tau respons yang baik pasal biskut ni, semangat tu datang tau hehe. Dah melalut ke mana hala dah ni.

Resepi ni saya ambik daripada rancangan Cipta Rasa Hari Raya Nestle Corn Flakes. Tahun 1998 kalau xsilap. Lama kan? Dulu tak da internet2 macam ni. Saya poskan sampul surat bersetem kat penerbit, pastu dia poskan 1 set resepi. Salah satunya biskut ni la. Jom semak resepi.

BISKUT RANGUP CORN FLAKES BERMADU

60 gm             Mentega/ Marjerin ( Saya campur2, nak habiskan stok)
4-5 sudu besar  Madu

A
4 cawan           Nestle Corn Flakes
80 gm             Kepingan Badam, digoreng
1/2 cawan        Bijan, digoreng
cawan kek kertas secukupnya

Cara-caranya:
  • Cairkan mentega dan madu di atas apu yang sederhana hingga mentega cair.
  • Masukkan campuran ini ke dalam A. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan satu camca teh campuran tersebut ke dalam cawan kek kertas (Saya guna tangan je haha nak susun2 corn flakes yang besar2 tu. Saya dah basuh bersih tangan tu tau...)
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. (Jangan sesekali abaikan langkah ni untuk sebarang biskut/kek. Kalau tidak, biskut akan terlebih garing dan terlebih bakar)
  • Bakar selama 10 minit (Sebelum 10 minit pun dah jadi kuning keemasan. Yang penting jangan sampai hangit, kang keras lak, tak sedap)
  • Sejukkan dalam 10-15 minit untuk ia keras.
  • Anggaran 65 biskut.

Wednesday 3 October 2012

MIA member


Copy from my another blog. Pro & Kontra jadi MIA member ada kat bawah ni…

Saturday 29 September 2012

mushroom soup

Semalam hari cuti.. Dah lama rasanya tak try masak benda baru..Cendawan dah lama beli minggu lepas. Susu ada banyak lagi, belum expired. Marjerin raya dulu pun ada. Hmm.. buat mushroom soup la hehe. Tapi, sapa nak makan lak? Kalau sorang, tak larat nak habiskan. Tak pa la, buat ja la. Bila lagi nak habiskan bahan2 tu huhu..

Friday 21 September 2012

Kalau sampai di Ipoh...

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Thursday 13 September 2012

masalah

'Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali'

Friday 13 July 2012

أهلا وسهلا يا رمضان


"Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah ayat 183)
 
Alhamdulillah. Lagi seminggu semua umat Islam akan berpuasa InsyaAllah... Bagaimana persiapan anda semua? Bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali.. Di dalamnya terdapat pelbagai ganjaran pahala yang Allah janjikan kepada hamba2Nya. Bahkan Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan."
Lihatlah betapa sayangnya Allah pada hamba2Nya. Cuma terpulang pada kita sendiri sama ada ingin mengejar pahala tersebut atau tidak.

Dengan baki 7 hari lagi untuk berjumpa bulan yang mulia ini, persiapkan diri dari segi fizikal dan mental agar kita semua dapat melalui madrasah Ramadhan dengan cemerlang, InsyaALLAH. ~satu peringatan buat diri sendiri dan anda semua~

Tuesday 3 July 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum~