Pages

Monday 5 May 2014

UMRAH 2014 Part 3 - Perjalanan Ibadah Umrah dan Ziarah (Madinah)

Assalamua’laikum…

Dah selesai dengan persediaan untuk menunaikan umrah dan ziarah, kita sambung dengan perjalanan pergi ke Tanah Haram, semasa di sana dan ketika pulang ke tanah air.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, kami buat solat sunat musafir, mohon agar perjalanan kami ini selamat dan berjalan lancar. Kami semua akan berkumpul di Masjid Rafea’h, Taman Uda sebelum bertolak dengan bas untuk ke lapangan terbang Pulau Pinang. Sampai kat airport Penang pukul 1130 pagi. Flight ke KL jam 330 petang nanti, so, kami makan tengah hari dulu. Dah cakap kan kena ada ilmu solat jama’ dan qasar, ha kat sini la kena start praktis untuk solat zohor dan asar. Kat sini Abah start guna wheelchair dengan 4 orang lagi jemaah atas sebab kesihatan yang kurang memuaskan. Kami naik MAS ke KL jam 330 petang dan dijangka sampai jam 430 petang.


Next flight ialah KL-Dubai dengan Emirates, check-in jam 7 malam. So memang tak sempat la nak solat Maghrib. Masa perjalanan pun lebih kurang 8 jam, dijangka sampai Dubai jam 10 malam. Dalam flight ada banyak bahan hiburan yang disediakan. Tapi kami kena ingat tujuan asal kami iaitu pergi musafir untuk beribadah. Saya sendiri tak layan sangat movie2 dalam flight yang best2!!Banyakkan berzikir dan berdoa. Nak baca al-Quran tak boleh sebab gelap. Lepas makan ja, semua pakat lena huhu.

Kami selamat sampai Dubai jam 12 pagi. Airport sana sangat cantik. Tapi kami tak sempat nak explore sebab tak biasa kat sana. Lagi 1 terkejar2 nak naik next flight, Dubai-Madinah jam 1.15 pagi kalau tak silap. Solat Isya’ dan Maghrib-burned… Flight delay ja sampai kul 1.45pagi.. Flight ni dengan Emirates jugak dan dijangka sampai Madinah jam 4 pagi… Dalam flight ni la saya tersangat mengantuk dan tertido sampai la di Madinah.

Alhamdulillah… sebelum mendarat, dari kejauhan tersergam indah binaan bercahaya dari langit. Itu lah Masjid Nabawi! Subhanallah!!!! Sampai jugak saya di sini, Madinah al Munawwarah – Bandar yang Bercahaya… Keluar ja dari kapal terbang, Ya Allah.. Nyamannya dan sejuknya menyucuk2 tulang… waktu tu lebih kurang pukul 4.15 pagi dengan suhu 14’C! Memang sejuk bumi Nabi ni…

Sebelum masuk Madinah, kena isi borang kemasukan. Masa beratur nak cop passport tu, saya tengok la jemaah lain dok pegang kertas kecil. Rupa2nya borang tu diorang dapat masa dalam flight! Alamak, macam mana ni… Saya tak sedar langsung ada pramugari datang bagi apa2 dalam flight tadi. Dia bagi kat abah saya. Abah ingat borang promosi ka apa. Mak saya pun tak baca kertas tu, dia selitkan kat tempat duduk. Parah ni! Kalau takda borang tu, tak boleh masuk Madinah tau!

Pastu ada la sorang abang ni, jemaah sekali la, dia tolong carikan borang tu. Alhamdulillah… borang tu ada kat airport. Dalam borang tu kena ada info nama, passport, Muhrim, nombor flight. Kami pun cepat2 isi borang. Kang terpisah dengan jemaah lain, jadi hal lain pulak.
Selesai isi borang, kena beratur pulak untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Makcik2 yang dah pernah pergi cakap kat sini la paling lama nak settle urusan. Nak kata ramai, tak da la sangat. Petugas kaunter cop tu la, diorang main2 masa buat kerja. Pernah sampai kena beratur sampai 1 jam baruuu siap. Tapi ikut jugak nasib seseorang tu.. Masa saya pergi hari tu, Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Memang betul la petugas2 tu main2, boleh pulak pass2 handphone tunjuk gambar ke apa ntah. Yang orang dok beratur tu buat macam tunggul kayu je huhu. Tapi tak sampai sejam la, dalam ½ jam ada kot. Lepas cop passport, diorang akan tengok kita, sama tak dengan gambar passport, baru dia lepas.

Then, baru pergi ambil beg masing2, berkumpul kat satu tempat. Ok kat sini akan ada orang ‘baik’ yang akan offer nak tolong bawa beg. Nasihat saya, JANGAN sesekali bagi diorang tolong. Dia akan caj sangat tinggi. Pastu takut dia bawa troli dengan beg2 kita tu pergi ke mana2. Jenuh nak mencari pulak. Saya cakap ni sebab memang pernah ada kes. So please. Bawa sendiri beg. Tak pun minta tolong rakan jemaah sendiri. Jangan bagi orang luar yang kononnya baik ni tolong bawa beg kalian ye.

Dah selesai urusan mengambil beg, semua pakat2 tolong masukkan beg dalam bas. Alhamdulillah kali ni ramai tenaga muda, segalanya berjalan dengan lancar dan pantas. Dalam perjalanan, kami baca doa masuk ke Tanah Haram. Tadi masa kat airport kira dah jejak Tanah Haram la… So, kena berhati2 ya. Kena tau pantang larang di sini, seperti tidak boleh mencabut pokok2 yang ada kat sini dan membunuh binatang yang halal dimakan.
Masa kami sampai ni dah dekat nak Subuh. Bila lalu kat tepi Masjid Nabawi tu, SubhanAllah! Bergemerlapan lampu2 nya.. Saya rasa macam tak percaya pulak yang saya dah sampai ke Madinah. Ramai orang berpusu2 ke masjid untuk solat.

Kami terus ke tempat penginapan kami – Sanabel al-Salemiyah Hotel. Dah angkat beg, selesai urusan bilik dan kunci, jam pun dah pukul 7 pagi. Tak sempat la nak solat subuh kat masjid. So kami semua balik ke bilik masing2 dulu, rehatkan badan, qada' balik solat2 yang tertinggal.  Saya duduk sebilik dengan mak ngan abah. Alhamdulillah selesai urusan untuk permulaan hari di Madinah ini. Oh ya petugas2 yang tolong angkut beg ni ada jual simkad Arab, Mobily kalau tak silap. Better beli la, kot2 nak call emergency ke, nak call Malaysia pun murah sikit dari buat roaming biasa. Saya tak beli lak sebab ketegaq nak guna simkad Malaysia huhu.

Hari first di Madinah, solat di masjid Nabawi, nak buat sendiri ke kumpulan, itu terpulang. Sebab jarak masjid dengan hotel lebih kurang 2 minit ja. Orang lelaki boleh la cuba masuk ke Raudhah dan Makam Rasulullah. Orang perempuan dah tak boleh sebab diorang dah hadkan untuk lelaki saja. Kaum wanita hanya boleh solat di luar kawasan tapi bersebelahan Raudhah. Dan melambai2 Makam Rasulullah dari jauh saja. Itu pun ada waktu2 yang ditetapkan.



Hari kedua, kami buat aktiviti ziarah di sekitar Madinah. Saya tak ambil banyak gambar sangat sebab handphone biasa ja. Macam dalam gambar atas tu, kami pergi ladang kurma Fahd. Kat sini kami beli buah kurma, coklat dan kacang2. Saya beli buah2 kat Madinah ja sebab tak nampak pulak buah kurma yang banyak2 kat Mekah. Tak tau la kot2 saya terlepas pandang… Sebelah kanan tu dekat Bukit Uhud. Yang bangunan putih2 tu tempat persemadian pejuang2 yang gugur dalam perang Uhud. Yang bawah tu, bukit Uhud sendiri. Selain itu, kami pergi Masjid Quba’ dan Masjid Qiblatain (tak singgah, cuma lalu ja).

Dok kat Madinah ni 3 hari ja. Esok petang dah nak berangkat ke Mekah. Betul la abah kata. Kat Madinah banyak tempat menarik tapi masa kejap sangat. Saya sendiri pun tak sempat beli apa2 cenderamata kat sini. Cuma dapat 1 utas tasbih ja buat kenangan. Itupun beli malam sebelum nak balik Mekah. Tak apa la.. dah saya memang niat tak nak sibukkan diri dengan aktiviti shopping, Allah makbulkan…
  


Hari last di Madinah, semua wajib buat Ziarah Wida’. (Tapi perempuan yang haid dibolehkan untuk tidak buat ziarah Wida’ ni). Bak kata pakcik Ilias, kita nak tinggalkan Madinah ni, kita kena la ucap selamat tinggal kat Nabi. Ye la, datang ‘rumah’ baginda, takkan tak bagitau nak balik.. Kena bagitau kita nak pulang dan insyaAllah kita akan datang ziarah lagi. Saya, mak dan abah buat waktu pagi selepas Subuh. Oleh sebab ramai kat dalam masjid (makam boleh masuk dari dalam atau luar), kami berpakat buat dari luar. Sebelah luar pun ramai macam gambar sebelah kiri tu. Kami hanya melambai2 dari jauh. Lagipun saya dan mak ni perempuan, kena halau kalau kami cuba nak masuk huhu (padahal cuma tunggu abah ja kat situ…).


Gambar atas ni pulak gambar payung di Masjid Nabawi. Punya la ‘perak’ (excited) tak pernah tengok payung gergasi, semua gambar sama ja huhu. Ini pun saya ambil lepas solat subuh dan zirah wida’. Sebelum ni tak boleh sempat nak ambik hehe.


Orait. Itu ja catatan dan gambaran perjalanan di Madinah. Next entri, perjalanan di Mekah pulak…



No comments:

Post a Comment