Pages

Sunday 4 May 2014

UMRAH 2014 Part 2 – Persediaan Untuk Menunaikan Umrah

Assalamu’alaikum…

Lama saya tak menjengah blog ni. Kali ni saya nak cerita pasal perjalanan umrah yang saya ikuti pada 15-27 Mac 2014 lalu. Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Saya rasa amat bertuah sebab menerima panggilan Allah ini. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Baitullah dan saya amat berharap ia bukanlah yang terakhir buat saya untuk ke sana lagi.. Entri ni saya sediakan sebagai panduan untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah. Mungkin ia bukanlah yang terbaik sebab saya pun first time ke sana tapi yang baik tu, jadikan pengajaran dan yang buruk tu dijadikan sempadan… Entri ni pun sebagai panduan saya untuk umrah seterusnya, InsyaAllah…

Rancangan untuk menunaikan umrah ni dibuat lebih kurang bulan Disember 2013. Pakcik Ilias, jiran depan rumah saya ni selalu bawa orang pergi umrah. Agensi Umrah dia nama AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD. Dia datang rumah, cakap nak buat umrah bulan Mac 2014. Abah pun memang dah lama teringin nak buat umrah. Last pergi sana tahun 2010, dengan mak. Ikut pakej pakcik ni jugak la. Kali ni abah nak bawa saya sama. Saya pun ada pasang niat nak pergi umrah. Tambah2 tengok ramai je kawan2 dapat ke sana. Bila abah dah offer, apalagi.. kira on la hehe. Time bulan tu kerja pun tak berapa heavy lagi. So, saya pun setuju. Alhamdulillah…

Perasaan saya sangat membuak2 untuk menunaikan umrah. Rasa best sangat bila impian untuk ke Mekah dan Madinah akhirnya tercapai. Oleh sebab saya tak pernah ke sana, saya mula buat persediaan dengan mencari maklumat tentang umrah. Oh ya. Pakej yang saya ikut ni takda kursus. So, semua kena belajar sendiri huhu. Tapi tak mengapa, banyak sumber dari internet pasal umrah ni. Info yang saya cari dari internet lebih terarah kepada pengalaman2 dari jemaah yang pernah ke sana dan juga video ceramah dan reality keadaan di sana. Namun saya tetap mencari sumber buku yang lebih sahih untuk dijadikan panduan seperti cara-cara mengerjakan umrah dan kesalahan2 / pantang larang semasa umrah. Abah dan mak pun dah pernah pergi, so saya rujuk diorang jugak…

Persediaan barang untuk dibawa
Ha.. yang ni memang kena rujuk blog2 dan internet. Pengalaman jemaah lain yang dah pernah pergi, boleh buat kita agak apa yang patut dibawa dan perlu sepanjang umrah dan ziarah. Saya refer banyak blog dan saya combine2 la ikut kesesuaian dan keperluan. Tu pun ada yang tak guna haish.. Buat berat beg ja… Saya ringkaskan seperti jadual berikut.. Ada yang saya tulis tapi saya tak bawak.

Jenis barang
Kuantiti
Catatan
PAKAIAN


Telekung
3 pasang
kain tak payah bawak, ganti dengan stokin
Jubah
4 helai
Lebih praktikal
Jubah Ihram (putih)
~
Sunat pakai putih time tawaf, tapi saya tak bawak pun. Takut jarang. Kang tawaf tak sah, sunat hilang ke mana…
Baju kurung
1 pasang
~
Sejadah
~
Saya tak bawa, tapi ada keperluan di sana
Stokin tebal
6 pasang
untuk solat, pilih yang tebal tau
Stokin koko
1 pasang
Untuk jalan2, lebih pun tak pa
Sarung lengan
2 pasang
Untuk dipakai ketika solat. Ingat! Lengan tu aurat jugak
Baju tidur
2 helai
Termasuk t shirt,kain batik dan seluar panjang
Tuala
1 helai
Kalau boleh pilih yang nipis2
Pakaian dalam
~
Agak2 untuk guna sepanjang di sana
Kain basahan
1 helai
~
Tudung awning
1 helai
Yang ni saya pakai masa bertolak dan balik
Tudung berdagu
1 helai
Untuk pakai solat musafir kat mana2 dan semasa makan/ jalan2 di sana
Anak tudung
1 helai

Petticoat
3 helai
Termasuk jenis kain dan seluar
Singlet
1 helai
bawak je just in case tapi tak guna pun
Selipar
1 pasang
Untuk ke masjid, pilih tapak yang simple, yang senang buang tanah/batu tanah haram
Kasut
1 pasang
Pakai masa pergi dan balik
Beg uncang selipar
1 helai
Perlu untuk taruk selipar masa kita nak masuk masjid. Mak saya guna sarung bantal peluk buat beg uncang.. Jimat.
Sweater
1 helai
Guna masa di Madinah (cuaca sejuk….)



TOILETRIES


Berus gigi
1

Ubat gigi
1
Kongsi dengan mak
Pencuci muka
1

Sabun mandi
1
Tak guna sangat sebab dah ada kat hotel/pondok
Sabun basuh
1
Seeloknya bawa jenis serbuk
Berus basuh
1
Jenis mini
Tisu paket
1 bundle

Tisu travel
2 kotak
Tu pun tak cukup huhu
Wet tissue
~
Tak bawak
Deodorant
1
Jangan pakai time ihram sebab ada pewangi
Pantyliner dan pad
~
Just in case
Lip balm
1
Pilih yang takda alkohol dan pewangi, boleh pakai dalam solat
Losyen badan
1
Pilih yang takda alkohol dan pewangi, boleh pakai dalam solat
Krim tumit
1
Pilih yang takda alkohol dan pewangi, boleh pakai dalam solat~ saya tak guna pun sebab Alhamdulillah tumit tak merekah.
Ubat2
~
 - vicks, minyak cap kapak, ‘koyok’


 - panadol, garam untuk cirit (agak perlu), batuk, selsema
Bedak
1

Krim muka
1
Masa nak ibadah, tak yah la pakai ye..



LAIN2


Topeng muka/ Mask
1 kotak
Sangat2 perlu!
Gunting untuk bercukur (tahallul)
1
Tak bawak, kongsi dengan mak
Benang dan jarum

Kot2 nak jahit baju labuh ke koyak ke
Charger HP

Penting

Hanger, penyepit baju
5
Bawak la lebih sebab kat hotel yang saya duduk tu tak da.
Pin baju

Kot2 nak guna
Buku nota, pen, buku2 panduan
~

Tali raffia
1 gulung
Kononnya nak ikat beg bagasi tapi syarat nak masuk kargo,x boleh ikat, so tak guna pun
Tupperware kosong
1
Kot2 nak tapau makanan kat dewan makan if tak sempat makan. Tak guna pun
Botol air
1
Nak isi air, guna dalam bilik
Universal soket

Tak bawak
Pemotong kuku

Tak bawak
Beg plastik

Untuk isi baju kotor
Pen marker

Better bawak yang warna silver sebab beg dah warna gelap-ni kalau ada tambahan beg bagasi la ye macam saya haha
Beg kecil

Ala2 dompet, nak isi duit
Cermin mata gelap

Yang dah sedia pakai spek tu, better buat spek yang ‘auto dark’. Cuaca sana panas. Memang perlu.

Amacam? Banyak tak? Hehe Ada barang seperti toiletries kita boleh beli kat sana. Tapi bagi saya, lebih baik bawak siap2. Dah sampai sana, nak pergi cari kedai jadi satu hal, mahal pun iya jugak. Nanti menganggu urusan ibadah pulak kan. Persediaan yang lengkap sebelum ibadah tu perlu agar kita dapat beribadah dengan sebaik mungkin.

Persediaan perjalanan
Senarai kat bawah ni memang wajib la kalau nak pergi umrah. Kena buat lebih kurang 2 bulan sebelum bertolak dan diserahkan kepada agensi umrah untuk urusan perjalanan ke sana.

JENIS
RM
CATATAN
Harga pakej umrah
 RM 6,200
Harga termasuk:
 = tiket flight Emirates (PEN-KUL-DXB-MED) & (JED-DXB-KUL-PEN)
 = tempat penginapan
 = makan minum (pagi, tengah hari, malam)
= bas, ziarah Madinah & Mekah
Passport
RM 100
(untuk 2 tahun)
Saya buat kat UTC. Sejam ja dah siap. Kena bagi awal kat agensi umrah untuk urusan visa.
Suntikan vaksin umrah
 RM 130
Diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, untuk mengelakkan penyakit radang otak. Saya ambil kat Klinik Wan Zohdi. Kat Alor Setar ni, klinik yang ada vaksin ni (setahu saya la):
 = Klinik Mutiara (Jalan Sultanah),
 = Klinik Haji Ayaz (kat area Klinik Mata Soka)
 = Klinik MAHA (kat area Bangunan UMNO Kedah)
 = Klinik Wan Zohdi (kat area Restoran Pokok Ceri kot..)
Dokumen pengenalan
~
• Salinan surat beranak sendiri
• Salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki yang melebih 18 tahun, atau
Salinan kad pengenalan bapa
*** yang ni untuk wanita bujang, pergi dengan ayah - mahram ***
Yang kes lain boleh refer sini.

Persediaan fizikal
Ibadah umrah ni agak mencabar dari segi fizikal iaitu ketika tawaf dan sa’ie. Kita kena berjalan mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 keliling dan berulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Stamina kaki harus kuat. Macam saya, hotel agak jauh dari MasjidilHaram. Kena berjalan jauh lebih kurang 10 minit. So, sebelum bertolak, saya cadangkan pergi jogging untuk latihan kaki, at least 2 kali sebulan.

Persediaan rohani/hati
Niat nak pergi umrah mesti betul; nak pergi beribadah semata2 kerana Allah. Bukan kerana nak ikut keluarga~“pakcik / makcik pun pergi, senang la, boleh tengok2kan kat sana”. Bukan kerana kawan2 dah pergi, “so aku pun nak pergi jugak la”.
Sebelum pergi, kena bersihkan hati dan jiwa dulu. Buat solat taubat, solat hajat. Belajar solat2 sunat, berzikir, solat jama’ dan qasar (yang ni memang kena tau), doa2 dan lain2. Kota Mekah dan Madinah adalah tanah haram yang suci. Nak masuk sana pun mesti la dengan hati yang suci.

~sambung ke entri lain, catatan pengalaman umrah di sana~





No comments:

Post a Comment