Blog ni pun saya baru touch up2 sikit. Saya ni jenis yang suka menghias2, nak try sesuatu yang baru.. Setiap entri insyaAllah saya akan selitkan madah kata untuk renungan saya dan semua pembaca...(macam la ramai yang nak baca lalala).
Minggu ni cuti lama sikit, 3 hari. Ahad dapat cuti hari jadi Sultan Kedah. Tapi kena OT lak. Xpa... Khamis ni Maulidur Rasul pun cuti, nak pi jalan2 la. Kalau kena mai keja gak, emmm nak cuti jugak walau apa pun haha..
Projek minggu ni... Setelah dapat berita yang surprisingly! menggembirakan, saya pun tergerak nak buat kek! Yummy! Kek Lapis Kukus Cream Cheese... Kalau saya buat kek, mesti jadi bila malam jugak. Tak tau kenapa. Bila malam, dekat nk tido, jadi kalut la huhu. Tapi Alhamdulillah.. Hasilnya agak baik hehe
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci) (Saya guna loyang bulat berapa inci ntah)
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus (Saya blend sampai halus, nak guna gula aising pun ok)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum
- Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus (Saya blend sampai halus)
- 1 sudu kecil vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
- Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. (Saya pukul putih telur dan kuning telur berasingan)
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tepung gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je. (X tutup dengan kain pun huhu)
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak. (X alas)
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- (Jangan sekali2 angkat loyang, nanti adunan yang lembik akan jadi x sekata, x comel =P )
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit. (atau sampai keras dan masak-lama jugak saya tunggu, dalam 30 minit, cucuk dengan garfu untuk pastikan dah masak ke belum).
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan. (taruk dalam peti sejuk, baru ummph!)
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya~Saidina Ali bin Abi Talib
No comments:
Post a Comment