Alhamdulillah... Seminar ketiga yang saya telah hadiri dalam tahun 2013 ni untuk cukupkan syarat sebagai MIA member. Dan seminar ni jugak berkaitan dengan 'taxation' sama macam 2 lagi seminar yang dulu. Hmm minat tax rupanya aku ni hehe.. Ok saya nak share la pengalaman saya ke sana, terutamanya dari perspektif seorang yang beragama islam...
Saya pergi dengan kawan saya, Nur Diana @ Diane (nama glamor hehe). Event tu start pukul 830 pagi 25/9/2013 di g Hotel, Penang. Saya ni takut nak drive jauh, so, kena pergi dengan bas la. Kena stay 1 malam kat sana. Kami pun survey macam2 hotel yang selesa, islamic-friendly dan yang penting senang nak ke tempat seminar. Tengok budget jugak la kan hehe. Last2 abang Diane cadang Hotel Waterfall. Semalam hanya RM 115 nett (takdak sarapan ye. Kalau ada pun, memang tak makan. Sijil Halal xdak).
Saya nak ambik bas Transnasional, berbanding dengan bas Konsortium yang x berapa
Kami sampai di Butterworth pukul 4 petang. Time ni ramai orang start balik keja.. Kami terus naik feri. Tiket RM1.20 (syiling saja. boleh tukar dekat situ kalau tak dak syiling). Alhamdulillah lagi. Feri tengah tunggu nak berlepas saja.. Elok2 kami duduk, feri pun jalan... Alhamdulillah...
Dalam setengah jam rasanya (tak sempat tengok jam), kami pun sampai ke pulau.. Sekarang ada pilihan nak naik teksi atau bas. Kalau teksi + 'jam' = RM20. Kalau bas + 'jam' = RM2. Mesti la bas kan.. In case bas tak lalu kat hotel tu, baru kami pilih teksi.. Untuk ke Hotel Waterfall, kami kena naik bas RapidPenang No.10 Ferry Terminal-Botanical Garden. Kali ni, kami kena tunggu kejap. Kami telefon hotel cakap kami mungkin lewat sikit. Alhamdulillah.. Dia boleh tunggu sampai pukul 8..
Dah naik bas, jalan Penang memang sibuk time ni.. Time orang balik keja.. Dah la jalan berpusing2. Pening jugak la tengok jalan kat sini.. Kami dah bagitau kat driver bas tu, nak berhenti kat Hotel Waterfall. Harap2 dia tak lupa la sebab kami memang tak tau bila masa nk tekan loceng! Alhamdulillah... dia turunkan kami depan jalan yang menghadap hotel.. Nak melintas jalan satu hal lak. Jalan sehala, kereta x mau berhenti.. Last2 ada van pelancong ni bagi jalan. Selamat. Alhamdulillah..
Check in hotel, kena bayar deposit RM150. Nanti check out, dia akan pulangkan baki. Kami dapat bilik tingkat 2. Biliknya sederhana. Simple. Ada TV, Aircond. Bilik air pun bersih, ada bathtub. Walaupun nampak agak lama, tapi bagi saya selesa dan ok la.. Tapi... arah kiblat tak dak! Alamak! Kami pun apa lagi terus google cari panduan huhuhu.. Memang tak terfikir langsung bab ni bila book hotel ni.. Panduan dalam internet agak bercelaru. Dengan keyakinan arah matahari terbenam, kami pun tawakal ja la..
![]() |
| Hotel Waterfall |
Dalam 30 minit baruuuu la sampai..Lenguh kaki! Alhamdulillah..sampai jugak.. Pergi cari Gurney Hawker Street atau Padang Kota Baru, Diane la cakap.. Ada 2 side. Halal and non Halal. Jangan silap pulak ye. Ada nasi ayam, char kuetiau, satay.. dan paling famous Nasi Lemak Cili Bilis. Kami makan yang itu ja la. Boleh tahan la..Tak la 'wow' sangat pun huhu. Nasi lemak + Ayam + telur goreng = RM6.00. Pastu kami ronda2 kat Gurney Plaza. Dah lewat time tu.. Sempat ronda tingkat bawah ja. Kedai pun banyak nk tutup huhuhu.. Then kami ambik teksi yang tersedia tunggu kat luar, kena RM 12. Sampai hotel, rilek2 jap, pastu zzzzz..
Esoknya, 25/9/2013, kami breakfast roti ja. Pukul 8 terus check out. Kami mintak pihak hotel panggilkan teksi. Macam semalam, kena RM12. Sampai ja kat G Hotel, kami terus ke bilik seminar. Hebat gila hotel ni!! Jakun jadinya hahaha.. Dah daftar, ada pulak breakfast pihak MIA sediakan. Bestnya.. Dulu dekat Holiday Villa, tak dak pun. Tunggu pukul 1030 pagi la kalau nak makan pun..
![]() |
| G Hotel |
![]() |
| Bilik Seminar |
Seminar start dari pukul 9 pagi-5 petang. Tengah hari tu ada lunch. Ada baaaaaaaanyak pilihan makanan. Local, western.. Makan serba sikit la sebab nak merasa semua huhuhu. Rugi tau bayar mahal2, x explore semua makanan haha.. Tapi tak sempat pun... nak pergi sembahyang lagi.. Tak pa la. maybe next time..
Ha bercakap pasal sembahyang ni, saya nak cerita sikit senario kat hotel besar. Kami cari surau. Ada kat tingkat 3. Ok la. kami pun naik la tingkat tu. Tau x kat mana surau? Kat area luar hotel! Diorang buat satu 'khemah' khas sebagai surau. Sediiiihnya saya sebagai muslim... Dah la daif. Pastu tempat wudhuk pulak just paip kat tepi pokok bunga. Macam mana orang perempuan nak ambik wudhuk kalau privacy (jaga aurat) xda??? Ada toilet x jauh kat surau tu, kat situ la kami ambil wudhuk. Dah hotel besar, toilet pun terlebih canggih sampai sinki paip air automatik. Sekali sua tangan, air keluar. Jenuh la. Nak sua kaki tu yang seksa sikit huh.. Paip air dalam toilet pun xda. Guna tisu ja ok.. Agaknya semua hotel besar macam ni kot.. Saya x pernah datang hotel macam ni.. Kat Kedah ada ja paip air dalam toilet.. Kena consider la orang islam.. Kami amat mementingkan kebersihan. Jangan anggap orang islam x mampu nak tinggal kat hotel besar macam ni. Sedihnya tengok.. Hotel lain tak tau la...hmmm
![]() |
| surau @ g hotel |
Alhamdulillah...Pukul 5 seminar pun habis.. Kami ronda2 tepi pantai jap. Posing2 jap hehe. Teksi ada ja depan hotel, suruh dia hantar ke terminal feri, RM20. Sampai ja kat terminal, feri dah pun sedia dok tunggu Alhamdulillah.. Sampai ke sebelah darat sana~Butterworth, kami ambil bas Transnasional pukul 630. Sampai Shahab pukul 8 lebih. Alhamdulillah kereta selamat, takda masalah pa .. Parking semalaman RM5. Hantar Diane balik, then terus balik rumah dan rehaat. Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal..
Aku tahu bahawa Allah telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang





No comments:
Post a Comment