Pages

Friday, 11 October 2013

APAM STRAWBERI

Assalamu'alaikum,

Saya ada plan nak buat "Lasagna Simple". Biasa la.. Suka usha resepi2 kat internet.. Tapi masalahnya, ada 1 bahan yang saya x confirm status halal. Cheese slice. Dok belek2 kat label, xda tanda halal yang diiktiraf JAKIM. Yang ada pulak, syarikat tu ada masalah produk recall sebab bahan tercemar.hmm  Susu segar dah beli.. Expired esok. Itu la saya.. Suka sangat beli bahan yang cepat expired, pastu buat lambat2 lak nak guna.. Kali ni mesti guna jugak.. Tak nak jadi saudara syaitan...

So, saya cari resepi yang guna susu segar. Jumpa! Apam Strawberi! hehe.. Bahan2 pun senang nak cari. Ovalet ja saya skip. Ni pun status halal x confirm sangat.. Boleh ganti dengan susu pekat. Tapi saya x bubuh pun. Alhamdulillah.. menjadi jugak.. Resepi dia ala2 polkadot. Tapi bercorak strawberi. Yang saya buat x jadi. Polkadot pun tidak, strawberi jauh lagi la huhu. "Plain pink apam with strawberry flavor"  Ha.. ni kot nama apam saya haha.. Meh tengok resepi dia..

APAM STRAWBERI
Sumber: Belog Izan, Gallery MamaMimi
Olahan: Sukasuki saya~

Bahan2 :
  • 270 tepung kek self raising yg brand bluekey (tepung gandum pun ok)
  • 3 biji telur gred A (sejuk, baru keluar dari peti ais)
  • 1 cawan gula halus
  • 150ml susu segar
  • (1 sudu kecil baking powder if guna tepung kek self raising) ( 3 sudu baking powder kalau guna tepung gandum)
  • 2 sudu besar ovallate ( untuk melembutkan dan mengebukan apam) -saya ganti dengan secubit baking soda
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( untuk menghilangkan bau telur ) - saya guna 1/2 penutup esen vanila + 1 penutup perasa strawberi
  • filling untuk apam (blueberry, coklat and etc ) - tak bubuh pun...
  • Pewarna merah
Cara2 :
  1. Masukkan gula halus, telur, ovallate dan essen vanilla dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga kembang. sampai menjadi warna putih dan berkrim dalam 5-10 minit untuk mendapatkan apam yang gebu ^_^
  2. Lepas tue baru masukkan tepung dengan berselang selikan susu segar sehingga habis. contohnya (tepung, susu,tepung, susu, tepung, susu ) pukul sehingga sebati dalam 5 minit.
  3. Bahagikan adunan mengikut beberapa bahagian, dan titiskan pewarna yang anda suka. setelah itu masukkan adunan ke dalam piping bag.~Saya bahagi 2. 1 bubuh warna merah. 1 lagi original.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja, then masukkan filling di tengah-tengah adunan, kemudian isi semula adunan sehingga hampir penuh. kemudian boleh lah membuat corak dot-dot diatas adunan dah siap tadi.
  5. Saya skip step tadi. Saya just masukkan 1 adunan warna merah dalam mangkuk kertas. Yang original saya simpan dulu. Mengantuk kot buat masak2 malam2 ni huhu..
  6. Panaskan pengukus, dan biarkan air betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus. 
p/s : kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kair or tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam.

Alhamdulillah.. Siap jugak apam ni. Senang rupanya. Yang original tu saya nak bubuh filing coklat chip. Macam best kan hehe. Esok2 la. (gambar esok saya upload k.) Selamat malam semua.
~updated: ni dia gambar apam comel tu hihi


Untuk menggembirakan hati kita, kita tak perlu jadi orang lain. Sebab kita adalah kita. Orang suka atau tidak, itu masalah mereka, bukan masalah kita...

No comments:

Post a Comment