Pages

Wednesday, 21 August 2013

Popia Nestum Rangup

Assalamu'alaikum

Apa habaq semua? Berhabuk sudah blog ni... Banyak benda nak update tapi tak dak 'kekuatan' a.k.a kerajinan hehe. Alhamdulillah.. kita telah meyambut hari raya Ei'dul Fitri pada 8 Ogos lalu. Semoga amal ibadat kita di bulan RAMADHAN  diterima Allah insyaAllah..


Raya tahun ni saya tak buat biskut pun. Sibuk dengan kerja. Maklumlah peak period time puasa dan dekat2 raya. So saya buat kek 1 jenis saja- Kek Buah. Dah jemu buat kek coklat..Alhamdulillah habis jugak orang makan hehe. Resepinya boleh tengok kat sini. Dan of course la saya adjust2 sikit bab buah tu. Bahan2 saya beli sehari sebelum raya. Saya guna buah prun (blended), dried cranberries, buah2 campuran (1 paket cap Giant).

Dah masuk keja raya ke5, Shikin lak bawak 'suci dalam debu'. Sedap dan rangup! Apalagi...saya mintak la resepi & cari kat internet (kot2 la ada part boleh adjust haha) Senang ja pun. Yang jual kat luar tu jenis gulung2 kan? Saya ikut Shikin, potong 4segi nipis2. Lagi puas makan tau..


POPIA NESTUM aka SUCI DALAM DEBU

Bahan-bahan:

1 paket kulit popia (spring roll pastry)
2 cawan nestum (kisar)
1/2 cawan krimer (asalnya susu tepung, saya tukar-saya guna Indo Cafe)
1/2 cawan gula (kisar-saya tak masuk semua, ikut selera manis masing2 ye)
5 sudu besar Horlicks (tak bubuh pun tak pa, saya bubuh, so saya kurangkan gula sikit)

Cara-cara:

  1. Untuk serbuk nestum, kisar nestum dan gula asing2. Nak adjust manis nanti senang.
  2. Satukan nestum, krimer, horlicks  dan gula. Serbuk ni boleh disimpan dalam peti sejuk.
  3. Untuk kulit popia, tarik satu2. Hati2 jangan sampai terkoyak.
  4. Potong kepada 16 bahagian (sapa yang kreatif tu, boleh la potong bagi lawa2 ye)
  5. Goreng jangan bagi hangit ye (kang x ngam dengan nama dia-suci dalam debu hihi)
  6. Ok langkah terakhir, gaulkan kulit popia dangan serbuk nestum tadi. (Saya masukkan dalam bekas plastik bertutup, goncang je. Tak kisah la kulit popia tu pecah pun, yang penting boleh makan)
  7. Siap! dah boleh makan da hehe

Rasulullah S.A.W. bersabda:"Seseorang di antara kamu itu tidak akan masuk syurga dengan amalnya kecuali dengan rahmat Allah S.W.T"Para sahabat r.a. bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah?".Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ya, aku juga, kecuali apabila Allah meliputiku dengan rahmat-Nya". (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim).

No comments:

Post a Comment