Suatu
hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki
bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas
"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh...
cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah
sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.
Penumpang
disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti
kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia
pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawab soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah
sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya
lagi,dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran
lagi..semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai
di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah
melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah
si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada
para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni..
perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun berasa
bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak
kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke
Ipoh..
Sesampai
di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat
bangun!" kata pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai
ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi
bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun
di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan..
kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
No comments:
Post a Comment