Pages

Thursday 27 November 2014

Fitnah Medium Sosial - FB

Assalamu'alaikum,

Dah bulan November kan... Cepaat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah nak masuk tahun baru... Saya tau dah lama tak update blog ni.. Macam2 benda nak tulis contohnya peristiwa MH370 & MH17, serangan di Gaza, kes halal Cadbury, kes UPSR bocor, puting beliung di Kedah, harga petrol, kes hina agama Islam la, program sentuh anjing, (err apa lagi ek) dan baaaaaanyak lagi. Tapi tak terluah dengan point2 dalam entri blog ni. Saya risau kalau kata2 saya ni salah dan tidak berlandaskan fakta yang betul.

Tuesday 27 May 2014

UMRAH 2014 Part 5 – Berdoalah

Assalamua’laikum,

Doa adalah senjata orang yang beriman. Ia merupakan satu hubungan seorang hamba/ insan dengan Allah s.w.t.Ia mempunyai kuasa ajaib yang tidak mampu ditandingi oleh sebarang kuasa oleh manusia/ makhluk lain.


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan doamu"

UMRAH 2014 Part 4 - Perjalanan Ibadah Umrah dan Ziarah (Mekah)

Assalamua’laikum,

Maaf la lambat sikit update. Ada masalah dengan line internet…

Kita sambung cerita daripada entri sebelum ni. Kali ni catatan perjalanan ke Mekah pulak. Setelah 3 hari berada di Madinah, kami semua akan pergi menuju Mekah untuk menunaikan umrah. Umrah start di Mekah tau, bukan di Madinah. Asalnya nak bertolak selepas Subuh. Tapi bila fikir2 kemungkinan seperti tak sempat nak bersiap dan kesesakan bila tiba di Mekah, kami semua berpakat untuk ke Mekah selepas Zohor.

Kami akan ambil miqat di Zulhulaifah, kira-kira 30 minit perjalanan dari Madinah. Miqat adalah tempat yang telah ditentukan untuk berniat umrah, dan bagi jemaah yang datang dari Madinah macam kami, miqat untuk berniat umrah adalah di masjid Bir Ali, Zulhulaifah. Sebelum sampai ke miqat tersebut, kami disunatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram. Lelaki kena pakai kain putih dan tidak menutup kepala. Bagi perempuan, boleh pakai selain putih, asalkan menutup aurat. Saya pakai baju jubah biasa ja, pastu pakai telekung putih. Dalam buku ada tulis disunatkan pakai wangi-wangian sebelum niat ihram kan. Tapi dalam ihram tak boleh berwangi-wangian. Bagi yang nak pakai jugak, nak ambik pahala sunat, pakai la selepas mandi sunat ihram. Tapi make sure bau wangi tu dihilangkan sebelum niat ihram ye.

Monday 5 May 2014

UMRAH 2014 Part 3 - Perjalanan Ibadah Umrah dan Ziarah (Madinah)

Assalamua’laikum…

Dah selesai dengan persediaan untuk menunaikan umrah dan ziarah, kita sambung dengan perjalanan pergi ke Tanah Haram, semasa di sana dan ketika pulang ke tanah air.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, kami buat solat sunat musafir, mohon agar perjalanan kami ini selamat dan berjalan lancar. Kami semua akan berkumpul di Masjid Rafea’h, Taman Uda sebelum bertolak dengan bas untuk ke lapangan terbang Pulau Pinang. Sampai kat airport Penang pukul 1130 pagi. Flight ke KL jam 330 petang nanti, so, kami makan tengah hari dulu. Dah cakap kan kena ada ilmu solat jama’ dan qasar, ha kat sini la kena start praktis untuk solat zohor dan asar. Kat sini Abah start guna wheelchair dengan 4 orang lagi jemaah atas sebab kesihatan yang kurang memuaskan. Kami naik MAS ke KL jam 330 petang dan dijangka sampai jam 430 petang.

Sunday 4 May 2014

UMRAH 2014 Part 2 – Persediaan Untuk Menunaikan Umrah

Assalamu’alaikum…

Lama saya tak menjengah blog ni. Kali ni saya nak cerita pasal perjalanan umrah yang saya ikuti pada 15-27 Mac 2014 lalu. Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Saya rasa amat bertuah sebab menerima panggilan Allah ini. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Baitullah dan saya amat berharap ia bukanlah yang terakhir buat saya untuk ke sana lagi.. Entri ni saya sediakan sebagai panduan untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah. Mungkin ia bukanlah yang terbaik sebab saya pun first time ke sana tapi yang baik tu, jadikan pengajaran dan yang buruk tu dijadikan sempadan… Entri ni pun sebagai panduan saya untuk umrah seterusnya, InsyaAllah…

Rancangan untuk menunaikan umrah ni dibuat lebih kurang bulan Disember 2013. Pakcik Ilias, jiran depan rumah saya ni selalu bawa orang pergi umrah. Agensi Umrah dia nama AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD. Dia datang rumah, cakap nak buat umrah bulan Mac 2014. Abah pun memang dah lama teringin nak buat umrah. Last pergi sana tahun 2010, dengan mak. Ikut pakej pakcik ni jugak la. Kali ni abah nak bawa saya sama. Saya pun ada pasang niat nak pergi umrah. Tambah2 tengok ramai je kawan2 dapat ke sana. Bila abah dah offer, apalagi.. kira on la hehe. Time bulan tu kerja pun tak berapa heavy lagi. So, saya pun setuju. Alhamdulillah…